Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. dan terima kasih saya atas kesempatan ini bagi merakam ucapan penghargaan sempena pelancaran Portal SMKC yang julung-julung kalinya dihasilkan. Kita harus melihat kelahiran Portal ini sebagai titik tolak penting ke arah jangkauan elemen komunikasi 'segera' dalam konteks penerimaan dan penyebaran maklumat.
Langkah Unit ICT SMKC mengambil insiatif membangunkan Portal ini, dilihat sebagai penyediaan lebuhraya maklumat yang dapat dilandasi secara pantas dan berkesan adalah tepat pada masanya.Saya sangat berharap agar kelahiran Portal ini dapat dimanfaatkan secara maksimum sekaligus mampu memenuhi hasrat dan keperluan SMKC menjadi antara yang terbilang.
Sekalung tahniah diucapkan kepda Unit ICT khususnya dan semua warga SMKC amnya yang telah berusaha mencetus gelombang baru, yang saya yakin mampu melakar sejarah kepantasan pengaliran maklumat secara efektif.Semoga motto 'BERILMU BERAKHLAK BERBAKTI' terus berdaya maju dalam mengejar impian.
Sekian, wassalam.
Tn. Hj. Mohd Hanafi Bin Mat
Pengetua
SMK Chenderiang
Pihak SMKC tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau bahan di dalam laman web ini. Segala bahan untuk dimuat turun (download) adalah berdasarkan kesesuaian dan keperluan.